Saturday 30 June 2018

Pengorbanan

Hari ni baru aku ada peluang untuk menonton filem Bisik Pada Langit lepas tak jadi ikut mak pergi kenduri. Walaupun tak tengok dari awal tapi kolam air mataku mulai bergenang.Ada maksud tersendiri di sebalik kisah ini. Pengorbanan seorang ayah terhadap anak perempuan sehingga ada dua perasaan yang turut terkorban. Mungkin kisah ini kebetulan sama dengan hidup masyarakat di luar sana.
Selasai tamat cerita ini. Aku mencari sekali lagi siaran filem ini untuk ditonton. Ternyata pengolahan cerita ini sangat baik dan mudah difahami. Kisah kekeluargaan kasih sayang ayah terhadap anak anak dan elemen unsur Islam yang turut diterapkan. Sudah tentu air mata aku masih bergenang menangisi dan memahami kisah filem ini. Watak Iqram adik bongsu pada hajar yang selalu menentang ayahnya buatkan aku menangis. Kebetulan kisahnya seakan sama dengan situasi aku. Aku selalu berselisih pendapat dengan keluarga aku. Tapi sejak telah mendirikan rumah tangga aku cuba mengubah sikap dan cara hidupku tapi aku tetap masih seperti dulu.Bagi aku pengorbanan setiap ahli keluarga Hajar dalam filem ini sangat bermakna. Dan aku masih belajar erti berkorban dan memahami serta menerima keadaan sekeliling. Sekuat mana kau menentang dan menolak hanya Allah yang mengizinkanNya.

Monday 4 June 2018

hai


Assalamualaikum dan Salam 19 Ramadhan. Hari ini aku kembali semula ke dunia blog. blog lama dah delete. ada satu tu lupa password. Tua sangat dah aku sekarang ni sampai asyik terlupa je. Padahal baru 31 tahun. Sejak dah masuk 31tahun ni banyak pekara mematangkan aku. Aku jadi semakin defensive. Sehingga ada yang aku degil. Aku terpaksa memilih sifat itu kerna kadang kekuatan dalam hati tak dapat nak tahan lagi.
Aku insan pendosa yang sering melakukan dosa tapi bukan mudah untuk orang lain menghukum diriku. Aku tahu Allah uji aku semua ini bersebab. Aku tak boleh salahkan orang lain tapi keadaan sekeliling buat aku terpaksa memilih menyalahkan orang. 
Moga Ramadhan yang berbaki 10 hari lagi ini menjadi hari yang terbaik untuk ku dan keluarga. Aku sayangkan kalian semua. Maafkan aku jika aku mengasari kamu kerana aku sering teringat sesuatu yang menyakitkan dari mengembirakan. 
 

Pengorbanan

Hari ni baru aku ada peluang untuk menonton filem Bisik Pada Langit lepas tak jadi ikut mak pergi kenduri. Walaupun tak tengok dari awal tap...